Amira Othman Sah Isteri Fattah Amin

LocalEntertainment
14 Sep 2025 • 2:08 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Amira Othman sah bergelar isteri kepada aktor terkenal, Fattah Amin dengan hanya sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung hari ini.

Mas Kahwin & Hantaran

Amira atau nama penuhnya, Nadia Amira Othman, 32, menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan sebagai tanda penyatuan cinta mereka.

Busana Pengantin

Pada majlis itu, pelantun lagu Dalam Sujudku tampil anggun dalam busana rekaan Teh Firdaus, manakala Fattah memilih persalinan daripada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Pasangan itu dinikahkan oleh Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam suasana penuh sederhana dan eksklusif yang hanya dihadiri keluarga terdekat, saudara-mara serta rakan rapat.

Kejutan Istimewa

Terdahulu, Fattah membuat kejutan di majlis pelancaran single terbaru Amira bersama adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir dengan mendedahkan hubungan istimewa mereka serta mengumumkan tarikh pernikahan jatuh pada 14 September, yang juga hari lahirnya.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fazura pada 27 November 2017 sebelum berpisah pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Dengan termeterainya ikatan tersebut, pasangan selebriti ini kini memulakan fasa baharu dalam kehidupan berumahtangga. Peminat mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia, harmoni dan diberkati hingga ke akhir hayat. – The Malaysian Update

The post Amira Othman Sah Isteri Fattah Amin appeared first on The Malaysian Update.