Amirudin Benam Azmin Di Gombak

Politics
20 Nov 2022 • 1:42 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Amirudin memperoleh majoriti 12,792 undi. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berjaya menumbangkan Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Azmin Ali di Parlimen Gombak dengan majoriti 12,792 undi.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua berjaya memperoleh 72,267 undian, sekali gus membuktikan Parlimen tersebut adalah kubu kuat Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Azmin berada di kedudukan kedua selepas meraih 59,539 undi.

Di tempat ketiga adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang memperoleh 30,723 undi.

Dua lagi calon iaitu Datuk Dr Aziz Jamaludin (PEJUANG) dan calon Bebas, Ir Zulkifli Ahmad masing-masing kehilangan deposit selepas hanya meraih 2,223 serta 675 undi.

Azmin pada PRU-14 lalu mengekalkan penguasaan di Parlimen Gombak dengan majoriti sebanyak 48,721 undi ketika bertanding di bawah tiket PKR. - Getaran, 20 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved