Amirudin diberi mandat terajui jentera pilihan raya PKR – Anwar

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 3:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Amirudin diberi mandat terajui jentera pilihan raya PKR – Anwar

MELAKA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari diberi mandat penuh untuk menentukan strategi dan gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan seluruh jentera parti bergerak menerusi satu sistem yang merangkumi kepimpinan dan arahan yang jelas.

Beliau berkata, PKR tidak boleh lagi mempunyai sistem atau saluran berbeza yang boleh menjejaskan penyelarasan gerak kerja pilihan raya parti.

“Amirudin diberikan mandat penuh untuk menjalankan kerja-kerja pilihan raya akan datang. Saya beritahu pimpinan, tidak boleh lagi ada ‘subsistem’ atau ‘sistem alternatif’.

“Satu sistem, satu kepimpinan, satu format. Amirudin tentukan,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Anwar berkata, penyelarasan gerak kerja daripada pihak pejabatnya pula akan dilaksanakan oleh Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Katanya, Tengku Zafrul yang juga Ahli Biro Politik PKR akan membantu memastikan penyelarasan antara pejabat Presiden dan sekretariat parti berjalan lancar.

“Sebagai sokongan di pejabat saya dan untuk memastikan penyelarasan berjalan dengan baik, saya memberikan mandat penuh kepada Tengku Zafrul untuk menyelaraskan gerak kerja di pihak saya serta sekretariat,” katanya. – UTUSAN

The post Amirudin diberi mandat terajui jentera pilihan raya PKR – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved