Amizar turun padang mulakan tugas di Pelangai

Politics
8 Oct 2023 • 12:59 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

BENTONG - Setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam, Datuk Amizar Abu Adam hari ini terus turun padang bagi menawarkan khidmat kepada rakyat.

Amizar yang ditemui selepas menyantuni masyarakat di Felda Chemomoi di sini berkata, beliau bertemu masyarakat untuk mendengar nasihat, pemintaan serta keluhan mereka untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) baharu.

"Saya akan teruskan sesi pertemuan dan menyantuni masyarakat di DUN Pelangai, ia kini menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di sini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada PRK DUN Pelangai semalam, Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi setelah memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi serta calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli yang hanya meraih 47 undi.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. 

Dalam pada itu, Amizar berkata, kemudahan stesen minyak dan menambah baik jaringan komunikasi serta infrastruktur jalan antara keutamaannya bagi penduduk Pelangai.

"Saya juga hendak gerakkan kerja menaik taraf kompleks pasar dan penyelenggaraan padang di Felda Chemomoi, tempat asal saya,” katanya. - 8 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved