AMK buat laporan polis pengguna Facebook hina PM

3 Oct 2023 • 8:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
AMK Batu pada Selasa membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa memuat naik dua hantaran jelik terhadap Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Batu pada Selasa membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa memuat naik dua hantaran jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua AMK Cabang Batu, Muhammad Sabda Suluh Lestari Yahya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini pada Selasa.

Muhammad Sabda berkata, pihaknya berharap polis dapat menyiasat pemilik akaun berkenaan yang dikatakan secara terang-terangan menghina Perdana Menteri.

"Kami mengesa polis mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun itu kerana dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman awam pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini.

Pemilik akaun menggunakan nama Din Den Oden memuat naik sekurang-kurangnya dua komen di media sosial Facebook yang dilihat mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan Diraja seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Muhammad Sabda berkata, pihaknya mengesan komen itu Ahad lepas kira-kira 12.30 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved