AMK gesa dakwaan Abdul Hadi disiasat susulan penafian Kedutaan AS - Kamil Munim

LocalPolitics
6 Sep 2026 • 8:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: AMK gesa dakwaan Abdul Hadi disiasat susulan penafian Kedutaan AS - Kamil Munim
Muhammad Kamil (kiri) menyampaikan Anugerah Guru Sanjungan Nusa kepada Hisan Mohd Sudin (dua, kiri) sempena Majlis Adat Istiadat Khatam Keris Peringkat Kebangsaan Anjuran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Perak (PSSGM) dan Perhimpunan Silat Anak-Anak Gayong Negeri Perak di Teluk Batik Campsite, pada Ahad. Foto Bernama

LUMUT - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada beliau dalam usaha menjatuhkan kerajaan susulan penafian pihak kedutaan berhubung isu berkenaan.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kenyataan Presiden Pas itu amat serius kerana menyentuh cubaan pakatan melibatkan kuasa asing untuk meruntuhkan kerajaan.

"Kenyataan itu ialah kenyataan yang serius... seolah-olah ada percubaan pakatan di antara kuasa luar dan juga entiti tempatan untuk meruntuhkan sistem demokrasi berparlimen... ini adalah sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Jadi, apabila penafian telah dibuat oleh Kedutaan AS maka kita mahu pihak berkuasa mulakan siasatan dan lihat semula apakah dakwaan yang dibangkitkan itu benar atau sebaliknya... kalau benar, harus ada tindakan tegas serta-merta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Adat Istiadat Khatam Keris Peringkat Kebangsaan anjuran Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Perak dan Perhimpunan Silat Anak-Anak Gayong Perak di Teluk Batik Campsite di sini pada Ahad.

Terdahulu, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan AS, David H Gamble Jr menerusi hantaran di laman Facebook kedutaan berkenaan di sini memaklumkan negara itu tidak pernah cuba untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia, dan menyifatkan sebarang kenyataan yang bertentangan adalah palsu.

Semalam, Abdul Hadi ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas ke-72 di Kota Bharu, Kelantan mendakwa AS pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan dan mengambil alih kerajaan ketika Barisan Nasional memerintah negara. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved