Ammar Habir Dan Sheila Abdul Terima Cahaya Mata Kedua Perempuan Mereka 

23 Nov 2022 • 3:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Facebook Ammar Habir FB 

Pemuzik Ammar Habir yang juga bekas pemain gitar, Drama Band, telah menerima cahaya mata perempuan kedua hasil perkongsian hidupnya dengan penyanyi Sheila Abdul. 

Ammar telah mengumumkan perkhabaran yang cukup menggembirakan itu menerusi ruang media sosialnya. 

“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Izinkan saya kenalkan anak kelahiran kedua saya dengan Sheila Abdul iaitu Dahlia Aluna Binti Mohd Ammar. Bunga lagi macam kakak dia, Chempaka Alaya.

“Dengan penuh rasa syukur saya doakan semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala jadikan Dahlia seorang anak yang baik, indah dan solehah. Aminn,” kata Ammar menerusi hantaran tersebut. 

Dahlia dilahirkan di Hospital Columbia Asia Tebrau di Johor Bahru pada 1 November lalu, jam 12.56 tengahari. Kedua-dua ibu anak ini berada dalam keadaan sihat. – Getaran, 23 November 2022