Amuk lewat daftar masuk penerbangan, petugas KLIA cedera ditumbuk penumpang

LocalEntertainment
16 Nov 2024 • 8:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Disebabkan isu lewat daftar masuk penerbangan, seorang penumpang telah menumbuk petugas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga mengalami kecederaan.

https://x.com/update11111/status/1857569101893480776

Amuk lewat daftar masuk penerbangan jadi punca

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at memaklumkan yang aporan berkaitan insiden berkenaan dibuat salah seorang individu terbabit.

Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.

“Kejadian mengakibatkan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua individu itu akibat kelewatan masuk untuk mendaftar penerbangan,” katanya.

image is not available

Video penumpang amuk lewat daftar masuk penerbangan tular

Disebabkan kejadian tersebut, petugas syarikat penerbangan berkenaan telah mengalami kecederaan ringan susulan dikasari penumpang terbabit.

Siasatan berkaitan kejadian dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau memuat naik sebarang kenyataan yang tidak benar serta palsu,” katanya.

image is not available

Tindakan seperti itu boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular di media sosial video seorang penumpang dan seorang lelaki dipercayai petugas di KLIA bergaduh sehingga berlaku sentuhan fizikal antara mereka.

Walau bagaimanapun, perselisihan faham terbabit berjaya dileraikan oleh petugas keselamatan di lapangan terbang berkenaan.

Sumber: X update1111, Sinar Harian (Muhammad Aminuraliff Mohd Zoki)