Amukan Foden bantu City benam Villa

Football
4 Apr 2024 • 8:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Foden meledak hatrik ketika membantu City membelasah Villa 4-1 awal pagi Khamis. Foto EPA

TANPA kelibat Erling Haaland dan Kevin De Bruyne, Phil Foden melakar sensasi apabila meledak hatrik ketika memacu kemenangan 4-1 Manchester City ke atas Aston Villa awal pagi Khamis.

Kemenangan itu menghangatkan perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi perbezaan satu mata dengan pendahulu, Arsenal.

Pep Guardiola juga membuat keputusan berani apabila meletakkan Haaland dan De Bruyne di bangku simpanan sepanjang perlawanan susulan jadual padat mereka mempertahankan tiga trofi.

"Jadual (saingan EPL) itu memang teruk dan kami perlu mempunyai tenaga. Semua orang perlu terlibat," kata Guardiola.

Dalam aksi di Etihad itu, City membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi ledakan Rodri sebelum pasukan pelawat menyamakan kedudukan hasil sentuhan Jhon Duran sembilan minit kemudian.

Amukan Foden bermula pada penghujung babak pertama untuk meletakkan City di depan sebelum dua lagi jaringan dalam saingan separuh masa kedua.

Aksi menakjubkan Foden mendapat pujian Guardiola yang menyifatkannya sebagai pemain terbaik Inggeris musim ini dan pemain muda berusia 23 tahun itu membalas kepercayaan apabila menyumbat 21 gol.

"Phil ketika dia bermain di posisi tengah, dia mempunyai deria menjaringkan gol.

"Dia benar-benar pemain berkelas tinggi dan mempunyai bakat semula jadi. Ia hadiah istimewa buat pasukan," ujar Guardiola.

The Citizens kecundang 0-1 kepada Villa pada Disember dan ia kekalahan terakhir skuad Guardiola yang kini tidak tewas dalam 24 perlawanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved