Anak abah, anak syurga, autisme, ucapan hari lahir ke-40 Jep undang perhatian. 'Khidir & Abu Bakr, akanku jaga amanah ini dengan penuh rasa syukur'

Family & Parenting
9 Apr 2025 • 7:40 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HANTARAN dan penyampai radio Jep Sepahtu menjadi perhatian ramai berkaitan dua orang anak lelakinya.

Memuat naik foto bersama Khidir dan Abu Bakr, penyampai radio Sinar FM itu berkongsi perasaan pilu dan tanda pagar #anak syurga dan #autisme.

"Hari ini genap usiaku yang ke 40 tahun.

"Baru sahaja tadi aku mendapat hadiah yang membuat air mata aku tidak berhenti mengalir.

"Syukur Alhamdulillah di atas pemberian ini. Ternyata sangkaan baikku selama beberapa tahun ini akan terus menjadi sangkaan baik sepanjang hidup.

image is not available

"Akan aku jaga amanah ini dengan penuh rasa syukur, cinta, kasih dan sayang. Khidir dan Abu Bakr seindah namamu #anakabah #anaksyurga #autism," kongsinya.

Artikel penuh:

Jep menerusi ruangan balas laman sosial Instagram menerima ucapan positif dan kata-kata semangat daripada warganet. Ujar mereka:

image is not available


"Selamat hari lahir Jep. Sekapal kita bang. Insya-ALLAH semua baik-baik. Ada anak syurga dalam rumah, tak semua orang dapat."

"Positif, semoga rezeki mengalir bagai sungai yang deras. Dua anak akan menarik mak ayah ke syurga."

"Saya pun ada anak syurga. Satu-satunya anak perempuan yang saya nantikan. Anak yang menjadi jambatan untuk saya ke syurga. Aamin."

Sekadar info, Jep atau sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Sari Yanti melangsungkan perkahwinan mereka pada 25 Februari 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 7, Muhammad Khidir, 5, dan Abu Bakr, 4.

Sari juga memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al-Aliy, 15, dan Baasit Al-Haq, 14.