Anak Ada Rekod Psikiatrik ‘Kapak’ Mak Hingga Maut Sebab Tegur Buat Bising

19 Jun 2023 • 12:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang warga emas berusia 73 tahun maut selepas cedera parah akibat dipukul anaknya sendiri menggunakan kapak serta pisau.

Memetik laporan Kosmo!, kejadian itu berlaku di Taman Temiang Utama Muar Johor kira-kira jam 8.20 malam.

Anak ada kes psikiatrik

image is not available

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek berusia 47 tahun mengamuk dan memukul kepala mangsa menggunakan senjata tajam dipercayai kerana berang ditegur buat bising.

Jelasnya, pihak polis bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai pergaduhan keluarga. Pihaknya mendapati mangsa maut akibat cedera parah di kepala dan leher. Manakala suspek yang berada di tempat kejadian telah ditahan.

Siasatan awal pihak polis mendapati suspek mempunyai rekod psikiatrik.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved