
Anak lelaki seorang ahli politik meraih perhatian selepas memukul dan mencederakan teman wanitanya sehingga meninggal dunia.
Menurut laporan Gregorius Ronald Tannur, 31 yang merupakan anak seorang anggota Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) terlihat bertengkar dengan kekasihnya, Dini Sera Afrianti, 29, di parkir sebuah pusat hiburan.
Kejadian itu berlaku di Surabaya Barat dan Gregorius kemudian menendang kaki wanita itu sehingga dia tersungkur sebelum memukulnya di bahagian kepala hingga tidak bermaya.
Mereka kemudian menaiki sebuah kereta yang dipandu lelaki itu sebelum mangsa jatuh dipercayai kerana pintu tidak ditutup rapat lalu terseret sejauh lima kilometer.
Gregorius hanya memberhentikan kereta yang dipandunya selepas ditahan oleh pengawal keselamatan.
Malah, lelaki itu bukan menyesal tetapi malah didakwa merakamkan detik wanita itu sudah ‘putus nyawa’ sambil ketawa.
Difahamkan, dia baru bersama dengan wanita yang merupakan janda anak satu itu selama lima bulan dan suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian berlaku.
Dengan semua bukti yang ada, Gregorius dituduh di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 12 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Dia Pukul, Gigit & Campak Saya Ke Lantai" - Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel
The post Anak Ahli Politik Tendang Kepala & Seret GF Sejauh 5KM Hingga Maut – “Dia Rakam Mangsa Tengah ‘Putus Nyawa’ Sambil Ketawa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

