Anak Allahyarham Bung Moktar angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat

LocalPolitics
27 Jan 2026 • 11:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Kurniawan Naim mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat yang baharu pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan yang baharu, Mohd Kurniawan Naim Moktar mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat pada Selasa.

Majlis angkat sumpah anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Mohd Kurniawan Naim, 32, menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan pada Sabtu lalu mewakili Barisan Nasional (BN) yang sekali gus mempertahankan kerusi disandang bapanya sejak 1999.

Beliau meraih majoriti 14,214 undi, menewaskan Datuk Saddi Abdul Rahman daripada parti Warisan dan Goldam Hamid (Bebas).

PRK Kinabatangan diadakan serentak dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag susulan kematian Bung Moktar pada 5 Disember lalu.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved