‘Anak-anak kita bukan tikus makmal’ – KPM pertahan keputusan mansuh UPSR, PT3

LocalPolitics
23 Sep 2024 • 2:36 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Semenjak kebelakangan ini, terdapat beberapa desakan daripada pelbagai pihak yang menuntut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengembalikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Desakan itu dibuat kerana pihak-pihak terbabit berpendapat dua peperiksaan tersebut dalam membantu dalam aspek kemenjadian murid dan ketiadaannya telah menyumbang kepada kecicran pelajar dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan (SPM).

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa kementeriannya (KPM) memilih untuk terus kekal dengan keputusan terdahulu iaitu memansuhkan dua peperiksaan itu.

“Anak-anak kita bukan tikus makmal, sekejap ada peperiksaan, sekeap tidak ada.

“Kita kena ada ketetapan dan kita telah buat pelbagai penegasan khusus untuk meneguhkan pentaksiran bilik darjah (PBD) dan latihan untuk guru bagi memastikan tiada apa-apa yang akan menjejaskan kemajuan mereka (murid),” katanya.

Sementara itu, KPM pada masa ini sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu keciciran murid dalam SPM dan telah mengenal pasti tiga faktor utama masalah tersebut iaitu, berhenti sekolah, buang sekolah dan telah bekerja.

Pada tahun 2023, jumlah ketidakhadiran murid dalam peperiksaan SPM telah berjaya dikurangkan kepada 10,160, berbanding 14,858 pada tahun 2022.

Sumber: Bernama