
“Anak Angkat Yang Saya Banggakan," YB Steven Sim Kongsi Kejayaan Putri Raih 3 Kali Dekan Di UM
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim meluangkan masa menziarahi anak angkatnya, Putri yang baru sahaja keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan, beberapa hari menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menurutnya, Putri Mahimah Divya Binti Ahmad Burhannuddin Pall, 24, telah dianggap sebagai anak angkat sejak masih mengikuti pengajian diploma di UiTM dan kini hampir menamatkan pengajian ijazah di Universiti Malaya (UM).
Difahamkan, Putri mengikuti pengajian dalam bidang Media dan Komunikasi sejak tahun 2023 dan berjaya mencatatkan CGPA sebanyak 3.78.

"Baru-baru ini, Putri terpaksa menjalani pembedahan kerana masalah kesihatan. Saya telah bantu tanggung sebahagian kos perubatan, namun masa itu saya tak sempat menziarahinya di hospital kerana jadual kerja terlalu padat
"Putri antara anak angkat yang saya amat banggakan. Keluarganya hidup dalam keadaan serba mencabar, ayah dan ibu ada masalah kesihatan kronik
"Ayah pesakit jantung, tengah tunggu nak buat bypass. Kini Putri sendiri jatuh sakit. Katanya sakit itu sangat memedihkan. Walaupun dah buat operation doktor kata kena makan ubat sampai bila-bila untuk kurangkan sakitnya itu
"Kalau orang lain yang diuji begitu berat mungkin dah give up tetapi Putri tak pernah mengalah
"Dia tahu ayah dan ibu sangat susah, jadi dia buat kerja part-time. Dia belajar bersungguh-sungguh sampai dapat Anugerah Naib Canselor ketika buat diploma dan kini dah 3 kali dapat hadiah Dekan di UM," ujar Steven Sim.

Ketika menziarahi kediaman Putri, beliau memaklumkan pelajar berkenaan masih menggunakan komputer riba yang dihadiahkan beberapa tahun lalu sebagai sokongan dalam pengajian di universiti.
Beliau turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian Putri dan memaklumkan bahawa pelajar itu bakal menjalani latihan industri dalam masa terdekat.
Sehubungan itu, beliau telah menawarkan peluang kepada Putri untuk menjalani latihan di pejabat kementerian, bukan atas faktor hubungan peribadi, sebaliknya berdasarkan keputusan akademik cemerlang yang diraih di UM.

"Kos ubat-ubatan dia tiap bulan RM250, saya akan tanggung setahun. Tengok macam mana keadaan kesihatan Putri selepas ini
"Saya juga serah sikit belanja buat Raya nanti. Kita semua doakan agar dipermudahkan segala urusan keluarga mereka. Jalan teruih Putri, you can do it!" kata beliau lagi.
Putri memaklumkan dia kini sedang berusaha untuk meraih Anugerah Naib Canselor, di samping memohon doa agar segala usahanya dipermudahkan.

![“Masya-Allah Macam Kenduri” – Wanita Kongsi Rezeki Iftar Walau Dengan Orang Tak Dikenali Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)