Anak Annuar Musa tidak tercalon pada PRN

Politics
21 Jul 2023 • 7:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ketua Pemuda Ketereh, Afiq Amani yang juga anak kepada Tan Sri Annuar Musa, sah tidak tercalon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. - Foto Google Image

KOTA BHARU - Ketua Pemuda Ketereh, Afiq Amani yang juga anak kepada Tan Sri Annuar Musa, sah tidak tercalon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Menurut sumber, pengesahan itu sekali gus menafikan Afiq Amani akan dinamakan sebagai calon.

"Saya boleh sahkan di sini, BN (Barisan Nasional) Kelantan menampilkan ramai muka-muka baharu kali ini.

"Hanya empat calon lama yang dikekalkan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Galas, Paloh, Nenggiri dan Bukit Bunga," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Presiden Muafakat Nasional (MN) memberi bayangan beliau tidak akan berlawan dengan anaknya Afiq Amani pada PRN ini.

Ia susulan Afiq Amani antara 155 nama yang dihantar oleh UMNO Kelantan kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved