Anak bekas pemimpin Al-Arqam disyaki ahli GISBH antara tujuh ditahan

20 Sep 2024 • 1:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 20 SEPT: Anak bekas pemimpin Al-Arqam disyaki ahli Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) antara tujuh ditahan di empat lokasi sekitar Pahang dan Kelantan, semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata permohonan reman ke atas kesemua lelaki berusia 24 hingga 35 tahun itu dibuat di Mahkamah Shah Alam, lapor Sinar Harian.

“Mereka direman tujuh hari bermula Jumaat hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007,” katanya.

Razarudin berkata kesemua yang ditahan ditempatkan di lokap berpusat Shah Alam dan siasatan awal masih dijalankan terhadap mereka.

Semalam, ketua pegawai Eksekutif GISBH dan isterinya antara 19 individu ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada jam 5.40 pagi.

Mereka direman tujuh hari bermula Khamis hingga Rabu bagi membantu siasatan.

Mengulas perkembangan Op Global, Razarudin berkata siasatan kini pada fasa kedua bermula pada 11 September selepas fasa pertama dimulakan 2 September lalu.

Selain itu, polis turut membekukan 96 akaun melibatkan GISBH bernilai RM581,552.31 mengikut Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2021, selain menutup empat akaun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved