Anak Bella Dakwa “Uncle” Selalu Pukul Ibunya

24 Jan 2024 • 6:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Anak Bella Dakwa “Uncle” Selalu Pukul Ibunya

Suspek kes pembunuhan arwah Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, didakwa sering memukul mangsa ketika mereka keluar bersama-sama anak sulung lelaki arwah, Eusof, lapor Sinar Harian.

Perbuatan itu diceritakan oleh Eusof kepada kakak arwah Bella, Norisham, 36, yang turut mengadu bahawa dia merayu kepada suspek untuk tidak menyakitkan ibunya.

Uncle (suspek) dulu selalu marah-marah ‘mummy‘ (panggilan anak Bella kepada ibunya), dia tanya kenapa ‘mummy‘ keluar dekat TV (televisyen)?

Mummy keluar dengan ‘uncle‘, ‘uncle‘ dah kena tangkap. Dia (anak Bella) panggil saya umi. Umi, kenapa ‘mummy‘ tak balik?

“Umi dah cakap dengan polis ke belum ‘uncle‘ pukul ‘mummy‘? Dulu ‘uncle‘ selalu pukul-pukul ‘mummy‘, anak dia cakap dengan saya. (Suspek) kenal mereka kerana selalu keluar bersama (dia) marah dan minta tolong jangan pukul ‘mummy‘, dia cerita kat kami,” kata Norisham.

Kakak mangsa berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika hadir membuatkan tuntutan rangka milik Bella selepas selesai proses bedah siasat di Jabatan perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) pada hari ini.

Difahamkan, selepas ini Norisham akan menjaga anak Bella yang berusia lima tahun itu bersama adik perempuannya, Maream, 2.

Norisham yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah berkata Bella telah menjalinkan hubungan selama tujuh bulan bersama suspek dan turut menyatakan hasratnya untuk tingal bersama-samanya.

Apabila ditanya sama ada keluarga dapat menerima jenazah Bella yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna, Norisham menjelaskan pengakhirannya sangat memberi kesan kepada keluarganya.

“Pengakhiran sangat kecewa. la sebab benda ni dah cakap pada hari pertama dan kedua, saya dah jangka lelaki itu (suspek) tahu sesuatu, cara dia cakap (merupakan) penipuan. Tapi ‘last‘ ini kami dapat (tahu pengakhiran),” katanya.

Hari ini, jenazah Bella dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang selepas disembahyangkan di Masjid Datuk Bentara di Batu Pahat.

Pagi tadi, seorang posmen yang merupakan teman lelaki kepada Bella, yang berusia 25, didakwa membunuh ibu kepada dua anak itu, antara 11 Malam 14 Dis sehingga 5.20 pagi, 15 Dis lepas.

Sumber: Sinar Harian

View Original Article