Anak-beranak berselisih, apa nasib Pejuang?

Politics
12 Feb 2023 • 7:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nafsu politik didakwa menjadi punca Mukhriz membawa Pejuang meninggalkan perjuangan politik Dr Mahathir yang direalisasikan menerusi GTA.

image is not available
Kemelut terkini yang berlaku dalam Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membuktikan terdapat konflik pertelingkahan besar berlaku antara bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya yang juga presiden parti berkenaan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

SHAH ALAM - Kemelut terkini yang berlaku dalam Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membuktikan terdapat konflik pertelingkahan besar berlaku antara bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya yang juga presiden parti berkenaan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Abu Bakar Yahya berkata, Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri dua kali itu disahkan bertindak keluar parti berkenaan pada Jumaat kerana kecewa dengan ketidaksabaran anaknya yang mahu membawa Pejuang bergabung di bawah naungan koalisi lebih besar daripada Gerakan Tanah Air (GTA) sama ada Kerajaan Perpaduan mahupun Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, tindakan sekelompok pemimpin Pejuang dipelopori Mukhriz yang dikatakan mendengar suara akar umbi mahukan parti itu memutuskan hubungan dengan GTA menyebabkan Dr Mahathir bersama 12 ahli lain mengambil keputusan undur diri.

Baca berita selanjutnya di Sinar Premium.