Anak berang tak dibelikan telefon bimbit, cekik ibu hingga mati

LocalPolitics
14 Nov 2024 • 3:53 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang wanita dikenali sebagai Suwati, 50, ditemukan maut di rumahnya di Daerah Waru, Daerah Sidoarjo, Jawa Timur, dipercayai akibat dianiaya oleh anak kandungnya sendiri, Hendri, 30.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 12.30 tengah hari, Rabu, 13 November 2024.

Menurut seorang saksi, Aan, 50, mengakui terdengar jeritan dari dalam rumah mangsa yang menarik perhatian penduduk sekitar.

“Penduduk sekitar kemudian mengambil inisiatif untuk memecahkan pintu rumah tersebut, sementara ada yang memanjat pagar depan rumah yang terkunci,” kata Aan.

Jelas Aan, selepas pintu berjaya dibuka, penduduk melihat Hendri sedang mencekik ibunya. Terkejut dengan tindakannya itu, penduduk terus menahan suspek.

Siasatan awal mendapati, suspek terdahulu meminta ibunya membelikan telefon bimbit. Namun, mangsa tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.

“Suspek dalam keadaan mabuk ketika menyerang ibunya sehingga mengakibatkan kematian,” tambah Aan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Sidoarjo, Fahmi Amarullah berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan ditemukan dalam keadaan meniarap di dalam bilik.

“Mayat mangsa telah diambil oleh pasukan forensik Polis Daerah Sidoarjo untuk proses bedah siasat lanjut. Suspek kini dalam tahanan untuk siasatan lanjut,” katanya. – Agensi

View Original Article