Anak Berlari Minta Bantuan Jiran, Tergamam Mak Ayah Dibunuh

25 Sep 2022 • 3:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun melarikan diri dan meminta bantuan kepada jiran tetangga selepas ibu bapanya dibunuh kejam oleh orang tidak dikenali dalam kejadian di Kalimantan Tengah pada Sabtu.

Mangsa merupakan pasangan suami isteri iaitu Ahmad Yendianor, 46, dan Fatnawati,45, menetap di Palangkaraya ditemui tidak lagi bernyawa di rumahnya pada Sabtu (24 September 2022).

Kedua-dua mayat ditemui dalam keadaan yang sangat dahsyat iaitu banyak kesan luka disebabkan senjata tajam yang dipercayai ditikam pada jasad mereka.

Menurut pemberita Tribun Kalteng yang berada di lokasi kejadian, peristiwa itu dipercayai berlaku pada tengah malam ketika cuaca di luar sedang hujan.

Penduduk tempatan baru mengetahui kejadian tersebut setelah melihat anak mangsa berlari sambil meminta tolong.

Remaja perempuan berusia 17 tahun itu meminta tolong jiran tetangganya sekaligus memberitahu ada orang tidak dikenali telah membunuh kedua-dua ibu bapanya.

Selepas menerima berita yang mengejutkan, penduduk tempatan melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan pada saat mereka sampai ke rumah mangsa, kedua-duanya disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Palangkaraya, Komiser Besar Budi Santosa turut melakukan tinjauan terhadap lokasi yang dipercayai tempat berlakunya pembunuhan kedua-dua mangsa tersebut.

“Mangsa meninggal dunia mungkin disebabkan adanya tindakan jenayah pembunuhan,” katanya kepada pemberita, memetik Tribun Kalteng.

image is not available
Kredit: Tribun Kalteng

Komiser Besar Budi Santosa mengatakan bahawa kedua-dua mangsa dijumpai dalam keadaan sudah lagi tidak bernyawa di dalam sebuah bilik.

Walau bagaimanapun, alatan tajam yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan masih belum ditemui.

Selain itu, punca sebenar kematian serta motif pembunuhan pasangan suami isteri berkenaan masih belum dapat dikenal pasti.

Tambahan pula, penduduk yang tinggal berdekatan dengan tempat tinggal mangsa mengakui tidak mendengar apa-apa yang mencurigakan pada saat pembunuhan berlaku.

Menurut seorang jiran bernama Kholila, kedua-dua mangsa pembunuhan tersebut sudah lama menetap di kawasan itu.

Setelah meninjau tempat kejadian, pihak polis dan pasukan sukarelawan Emergency Response Palangkaraya (ERP) membawa kedua-dua mayat mangsa ke Hospital Umum Daerah Doris Sylvanus untuk menjalani sesi bedah siasat.

Setakat ini, kes masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Sumber: Tribun News

View Original Article