Anak bersungguh tunjuk reaksi gembira, ibu bapa tak boleh mendengar beri hadiah mainan

LocalEntertainment
26 Nov 2024 • 3:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Anak bersungguh tunjuk reaksi gembira

Seorang anak bersungguh tunjuk reaksi gembira dan teruja apabila menerima kejutan hadiah daripada ibu bapanya yang mengalami masalah pendengaran.

Perkongsian yang dibuat oleh Syira Adnan di TikTok telah mencuri tumpuan apabila menunjukkan Point Of View (POV) sewaktu anak yang mempunyai ibu bapa Kurang Upaya (OKU) menzahirkan rasa teruja sewaktu mendapat hadiah.

@syira86

Papa belikan anak toy spiderman..happy betoi anak dpt toy spiderman..walaupon mama papa xdpt dgr anak jerit tapi mama papa boleh nmpk anak happy..

♬ original sound - Syira Adnan - Syira Adnan

Anak bersungguh tunjuk reaksi gembira, menjerit kuat2

Dapat dilihat kanak-kanak berkenaan segera menjerit dan membuat beberapa gerakan bahasa isyarat dengan wajah yang cukup gembira.

Hal ini susulan ibunya menguhulurkan mainan berbentuk patung superhero sewaktu sedang makan di sebuah restoran.

image is not available

Anak bersungguh tunjuk reaksi gembira, ucap terima kasih dengan bahasa isyarat

Difahamkan, kanak-kanak bernama Affan itu telah membuat gerakan bahasa isyarat dengan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya kerana memberikan kejutan yang tidak disangka-sangka.

image is not available

Sebak sebab terharu dengan reaksi dia

Momen membahagiakan itu telah mendapat pelbagai komen daripada warganet apabila kebanyakkan daripada mereka berasa terharu melihat reaksi kanak-kanak berkenaan.

Ada juga di antara mereka berkongsi kisah hampir sama dengan situasi dihadapi keluarga kecil berkenaan dan mendoakan kanak-kanak tersebut membesar menjadi anak yang soleh serta membanggakan ibu bapa.

image is not available

Pandai dia ucap terima kasih dalam bahasa isyarat

image is not available

Semoga membesar jadi anak yang berbakti buat orang tua

image is not available

Biasanya anak2 macam ni membesar dengan keyakinan yang tinggi

image is not available

Semoga kanak-kanak berkenaan dan ahli keluarganya terus diberi kebahagiaan serta menjadikan kekurangan yang ada sebagai pemangkin untuk terus berkembang dan membanggakan orang tua.

Sumber: TikTok Syira Adnan