Anak bongsu pasangan suami isteri maut kemalangan di Gerik pula meninggal dunia

14 Apr 2024 • 11:45 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

IPOH — Anak kepada suami isteri yang maut kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur – Barat (JRTB) Gerik – Jeli, dekat Gerik pada 7 April lepas, meninggal dunia awal pagi semalam.

Anak bongsu kepada pesara tentera Kamizan Kasimon, 42, dan isterinya Noor Asmah Mat Zainal, 38, yang dilaporkan maut di tempat kejadian itu, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

"Mangsa berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia di HRPB," katanya.

Kematian itu menjadikan jumlah mangsa yang maut dalam kemalangan terbabit sebanyak empat orang setakat ini, termasuk seorang lagi mangsa yang merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova berusia 54 tahun, meninggal dunia kira-kira 11.20 malam pada hari kejadian di Hospital Taiping.

Dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah hari itu, sepasang suami isteri maut selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan MPV berkenaan.

Anak lelaki dan perempuan pasangan itu masing-masing berusia 10 dan tiga tahun dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian badan, manakala lima lagi mangsa yang menaiki Toyota Innova juga cedera dan menerima rawatan di hospital. - 14 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved