Anak Buat Tarian ‘Wednesday’, Lan Solo Ditegur – “Lirik Tak Sesuai Dinyanyikan Oleh Muslim”

Music
14 Dec 2022 • 5:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Lan Solo baru-baru ini telah memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram memaparkan anak sulungnya, Nur Amna Qaleesya.

Menerusi video tersebut, Qaleesya dilihat rancak menari seperti ‘zombie’ mengikut trend tarian daripada drama bersiri Netflix iaitu Wednesday.

Malah, anak perempuan berusia 12 tahun itu juga dilihat mengenakan baju serba hitam dengan rambut bertocang dua seperti watak utama dalam siri tersebut.

Ok lepas video haritu.. ramai pulak request kakak SOLO. Jadi kita belanja ‘Kakak Solo’. 2 makhluk kat belakang tu in character jugak tau.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial telah menegur penyanyi berusia 37 tahun itu memandangkan lirik lagu tersebut mempunyai maksud yang tidak sesuai untuk dinyanyikan oleh seorang Muslim.image is not available

image is not available

Bagaimanapun, ada juga segelintir warga net yang memuji kelincahan dan bakat menari yang dimiliki oleh anaknya.

Sehingga kini, hantaran video tersebut telah meraih 5.9K tanda suka dan 143 komen di laman Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

"Kontroversi Je Dia Mampu" - Buat Hantaran Berbaur Sindiran, Fezrul Khan Perli Siapa?