Anak buaya tembaga ditemukan mati dilanggar

LocalEnvironment
12 Dec 2024 • 5:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bangkai seekor anak buaya tembaga ditemui di Jalan Jelebu-Seremban berdekatan Kampung Ismail di Seremban dipercayai dilanggar sebuah kenderaan pada Rabu.

SEREMBAN - Bangkai seekor anak buaya tembaga ditemui di Jalan Jelebu-Seremban berdekatan Kampung Ismail di sini dipercayai dilanggar sebuah kenderaan pada Rabu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenainya pada jam 10.50 pagi.

"Bangkai anak buaya sepanjang satu meter dan seberat dua hingga tiga kilogram itu, ditemui oleh orang awam dengan keadaan kepalanya sudah pecah akibat dilanggar.

"Kita syaki haiwan liar ini mati akibat dilanggar kenderaan. Kawasan kejadian pula berdekatan dengan Sungai Linggi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika memandu dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar ini, serta tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada diri sendiri.

"Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan PERHILITAN melalui talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151.

" Boleh juga menghubungi kami menerusi Aduan Hidupan Liar Pejabat Perhilitan Daerah Seremban 011-65529681 atau di portal e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved