Anak Dah 13 Hari Hilang, Ayah Tak Putus Asa Cari Siang Malam Naik Motor

Entertainment
7 Sep 2023 • 12:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di TikTok perkongsian seorang wanita merayu adiknya yang hilang supaya segera pulang ke pangkuan keluarga.

Dalam hantaran itu, Dliesa Irdina berkata, adiknya yang bernama Lily sudah 13 hari tak balik ke rumah. Pihak keluarga telah tampil membuat laporan polis dan hebahan di media sosial tetapi setakat ini tiada perkembangan lanjut.

image is not available
Kredit: TikTok @yourcintaa0

Tak berputus asa, ibu bapanya sendiri ‘turun padang’ menaiki motosikal mencari adiknya di sekitar Kluang Johor.

Mereka sanggup berulang alik dari Kluang ke Simpang turun ke kelapa sawit Kulai.

Tulisnya lagi, setiap kali mendapat maklumat, ibu bapanya segera ke lokasi dinyatakan meski pun tengah malam.

Pada malam ambang kemerdekaan, mereka sanggup menunggu sehingga jam 4 pagi dengan harapan bertemu dengan adiknya.

image is not available

image is not available

image is not available

Menurut bapa, tiada siapa yang marahkan Lily dan berharap anak gadisnya itu pulang dengan selamat. Sebagai kakak pula, dia berdoa semoga Allah SWT menggerakkan hati adiknya untuk kembali ke pangkuan keluarga tersayang.

image is not available

image is not available

image is not available

Setakat ini, perkongsian telah mendapat lebih 2 juta tontonan di TikTok. Orang ramai mendoakan semoga adik ini ditemui dengan selamat.

Kredit: TikTok @yourcintaa0

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.