‘Anak Dari Neraka’, Wanita Tergamak Pukul Ibu Kandung Di Hadapan Jiran

7 Jul 2024 • 6:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita tergamak pukul ibu dihadapan jiran

‘Anak Dari Neraka’, Wanita Tergamak Pukul Ibu Kandung Di Hadapan Jiran. Baru-baru ini, terdapat sebuah klip berdurasi 34 saat yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Fery Kiting di mana dia berkongsi seorang anak yang tergamak memukul ibu kandungnya sendiri sehingga bajunya berlumuran berdarah.

Video tersebut kemudiannya tular di sosial media dan kejadian dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.

image is not available
‘Anak Dari Neraka’, Wanita Tergamak Pukul Ibu Kandung Di Hadapan Jiran. Sumber foto: FB Tegar Nasution Jr.

Kedua-dua pihak sudah berdamai

Dilaporkan bahawa rakaman tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, namun jurucakapnya, Dedi Mirza pada Jumaat mengesahkan kedua-dua pihak sudah berdamai.

Punca si anak sanggup mencederakan ibunya itu juga dikatakan tidak diketahui.

Menerusi klip berkenaan, wanita tersebut dilihat menyerang ibunya, namun jiran tetangga cuba menghalangnya daripada terus memukul mangsa.

image is not available
Sumber foto: FB Tegar Nasution Jr.

Ibu wanita itu kemudiannya menjauhkan diri daripadanya dan meminta perkara itu dimaklumkan kepada keluarga di kampung.

Wanita itu dikatakan ‘naik hantu’ kerana terpaksa menanggung hidup ibunya.

Saya sudah penat menjaganya,” kata wanita tersebut di hadapan jiran tetangganya.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved