“Anak Di Rumah Tak Makan” – Amir Raja Lawak Dituduh Tutup Periuk Nasi Peniaga Air Balang Lain

27 Sep 2023 • 12:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Elok-elok je Amir Raja Lawak meniaga air jagung, tiba-tiba dia dituduh menutup periuk nasi orang? Biar betul?

Difahamkan, teguran ini disuarakan sendiri oleh peniaga air balang yang terjejas dengan kehadiran Amir di Taiping dan Kamunting Perak.

Menerusi satu hantaran mesej, pengadu memberitahu jualan peniaga di kawasan itu jatuh dan mereka kehilangan income harian.

image is not available

Dahlah cuma dapat RM30 sehingga RM40 je sehari, tiba-tiba pembeli ‘lari’ ke gerai air jagung Amir membuatkan peniaga terpaksa complaint secara baik.

image is not available

Pengadu berharap Amir faham dengan keadaan peniaga seperti mereka yang hanya bergantung kepada jualan harian ditambah pula dengan cuaca hujan sekarang ini.

Lebih menyedihkan apabila pengadu beritahu anak-anak di rumah tak makan disebabkan tiada pendapatan.

image is not available

Menjawab kepada teguran itu, Amir memohon maaf dan berharap peniaga tak meletakkan 100% kesalahan di bahunya.

Kata Amir, dia berniaga di situ sekejap sahaja dan akan berakhir pada 30 September. Tujuan dia datang ke Taiping/Kamunting untuk membantu sahabat mempromosi kedai yang terjejas teruk.

Pelawak ini juga berharap pembeli tetap terus menyokong peniaga-peniaga di sekitar itu.

Kredit: Facebook Amir Raja Lawak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.