Anak Diejek Dan Dibuli Netizen, Sharifah Sakinah Beri Amaran Terakhir Sebelum Ambil Tindakan Undang-Undang

Entertainment
16 Jun 2023 • 3:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Sharifah Sakinah memberi amaran buat mereka di luar sana yang tidak bertanggungjawab membuli dan mengejek anaknya, Anais Adha gara-gara tular video membabitkan si kecil itu dan kakaknya, Sharifah Shahirah sebelum ini.

Menerusi satu hantaran panjang lebar di Instagram, Sakinah berkata dia tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kutukan namun tidak bagi anaknya yang baru sahaja berusia 6 tahun.

Ujarnya lagi, kesejahteraan anak perempuannya itu menjadi keutamaan dan melihat perkara buli itu ternyata telah membuatkan hatinya sedih dan pilu.

Keutamaan saya adalah kesejahteraan Anais dan menjaga nama baik keluarga. Sungguh menyedihkan untuk menyaksikan buli yang ditujukan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun.

Berikutan itu, Sakinah menitipkan pesanan agar netizen di luar sana lebih berhati-hati apabila meninggalkan komen sebelum dia mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi orang yang tersayang.

Terdahulu, kisah Anais menjadi tular di media sosial apabila kanak-kanak perempuan itu dilaporkan terkencing di atas sofa rumah kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila.

Video itu kemudian menjadi bahan perbualan warga maya yang turut memperlihatkan sikap sesetengah individu yang suka membuli kanak-kanak di media sosial.

image is not available 1 hari lalu

"Laki Dia Pun Macam Terkejut" - Berpelukan Dengan Amir Masdi, Peminat Kurang Senang Dengan Tindakan Ella