Anak Dr Say sampai trauma dengar polis ‘ajar’ lelaki asing dibawa pembantu rumah

31 Jul 2024 • 5:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Anak Dr Say sampai trauma selepas terdengar pihak polis ‘ajar’ lelaki warga asing yang masuk ke dalam rumahnya atas jemputan pembantu rumah untuk melakukan hal tidak baik.

Pembantu rumah sekatil dengan lelaki tak dikenali

Menerusi posting yang dibuat Dr Say atau nama sebenarnya, Dr Muhammad Shazril Shaharuddin, anaknya, Sefriel, 3 seakan trauma selepas mengetahui kejadian tersebut.

image is not available

Anak Dr Say sampai trauma, terdengar polis ‘ajar’ warga asing dalam rumah

Menerusi hantaran Dr Say di Insta Story, di memaklumkan yang emosi anaknya itu sangat terganggu apabila terdengar pihak polis ‘mengajar’ warga asing yang berada di dalam bilik pembantu rumah mereka sewaktu serbuan dilakukan.

Ujar pempengaruh berkenaan, anak keduanya itu sampai tidak bersuara kerana ketakutan disebabkan kejadian yang berlaku pada malam hari itu.

“Sefriel trauma gila semalam. Tak bersuara dia lepas dengar polis ‘ajar’ Bangla/Pakistani/ pendatang tu,” tulis Dr Say.

image is not available

Anak Dr Say sampai trauma, mujur sudah kembali okay

Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana emosi anaknya tidak berlarut-larut dan sudah kembali kepada asal pada siang hari.

“Mujur harini dah kembali kepada dirinya yang asal,” ujarnya lagi.

image is not available

Pembantu bawa jantan masuk bilik

Terdahulu, Dr Say telah berkongsi tentang kejadian yang membuatkan dirinya berasa sangat geram dan kecewa apabila dua orang pembantu rumah warga Indonesia serta Filipina telah membawa masuk dua lelaki tidak dikenali ke dalam bilik pada waktu malam.

Tindakan licik mereka yang mengalihkan kamera litar tertutup (CCTV) nampaknya tidak berjaya apabila Dr Say dan isteri lebih cekap apabila mengesyaki sesuatu terhadap pembantu rumah mereka.

@say_shazril0

Tak sy sangka perkara macam ni jadi kat sy & family. Sy bagi kelonggaran kepada maid sy & ini yg sy dapat. Taktahu nak layan pembantu ni macam apa dah. Lesson learnt moga kalian tak senasib dengan sy. Syukur Alhamdullilah kami semua okay cuma sy memang emo gile bapak dengan maid sy. Thank you so much again PDRM atas bantuan.

♬ original sound – say_shazril – say_shazril

Disebabkan bimbang terjadi perkara tidak diingini terhadap anak-anak, dia segera menefon pihak polis dan meminta bantuan bagi menyerbu bilik pembantu rumah.

Selepas serbuan dibuat, terdapat dua orang lelaki sedang berbaring diatas katil pembantu rumahnya dan anak ketiganya berada di tengah-tengah katil tersebut.

Setakat ini, Dr Say memberitahu bahawa pembantu-pembantu rumah tersebut telah dipulangkan semula ke agensi mereka selepas dia hilang kepercayaan terhadap kedua-duanya.

Sumber: Instagram Dr Say Shazril