Anak Erra Fazira & Engku Emran antara pelajar Malaysia cemerlang IGCSE!

LocalFamily & Parenting
20 Sep 2025 • 8:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada selebriti terkenal, Erra Fazira dan bekas suami, Engku Emran iaitu Engku Aleesya sekali lagi mencuri perhatian apabila menyerlah sebagai contoh pelajar genius dengan memperoleh 7A dalam semua subjek IGCSE yang didudukinya.

Anak Erra Fazira & Engku Emran contoh pelajar genius

Menerusi laporan daripada Sinar Bestari, kejayaan membanggakan itu merangkumi subjek First English Language, Matematik, Fizik, Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi.

image is not available

Anak Erra Fazira & Engku Emran tamapt pengajian sekolah menengah

Difahamkan, Aleesya yang baharu sahaja menamatkan pengajian sekolah menengah disifatkan sebagai seorang pelajar bijak, berdisiplin dan rajin menimba ilmu, sekali gus menjadi sumber kebanggaan buat kedua-dua ibu bapanya.

image is not available

Co-parenting yang baik!

Perkara tersebut turut dikongsikan bapanya di Insta Story apabila menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian anak tunggalnya itu.

Dia turut berkongsi gambar sewaktu meraikan kejayaan Aleesya bersama bekas isterinya.

“Cantik macam ayah, pandai macam mom,” tulisnya ringkas.

image is not available

Sebagai info, IGCSE adalah program akademik setara dengan O-Level yang turut menjadi syarat penting untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti A-Level, IB Diploma atau terus ke universiti luar negara.

Sumber: Sinar Bestari (Roshlawaty Md Raieh), Instagram aintmeemrawoon