Anak genggam sarjana sains pada usia 27 tahun, Rahmad Mega buat kejutan menyanyi di pentas

Music
8 Nov 2022 • 10:22 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ANAK genggam sarjana sains, penyanyi Rahmad yang juga vokalis kumpulan Mega tampil memberikan kejutan dengan membuat persembahan di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke 17 di Kompleks Sukan UMP.

Rahmad hadir meraikan konvokesyen anaknya, Suhazri Amrin, 27, penerima Sarjana Sains dilihat turut menemani bapanya di pentas ketika membuat persembahan.

image is not available

Penyanyi rock terkenal di era 90-an itu menyanyikan lagu berjudul Takdir Dan Waktu menarik perhatian ibu bapa yang hadir.

image is not available

Menerusi Instagram, Rahmad turut menitipkan doa agar anaknya terus berjaya.

“Tahniah buat anakanda Suhazri Amrin kerana telah berjaya menyelesaikan Sarjana Sains di UMP. Papa doakan semoga terus berjaya,” katanya yang turut berkongsi beberapa video dan foto sekitar majlis yang berlangsung.

image is not available

Ditanya tentang didikan anak, penyanyi yang popular dengan lagu Bayangan Gurauan itu berkongsi tentang peranan ibu bapa perlu menyokong minat dan pencapaian akademik anak.

image is not available

“Kalau boleh jangan sekat minat anak. Kita harus lihat kecenderungan dan potensi anak-anak dan sokong apa jua minat mereka,” katanya.

Suhazri Amrin sebelum ini telah menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda Kejuruteraan Elektrik pada tahun 2018 sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi