'Anak hilang selera makan, mengadu penat' - Ibu Muhamad Rayyan

12 Aug 2026 • 3:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Anak hilang selera makan, mengadu penat' - Ibu Muhamad Rayyan
Keluarga Muhamad Rayyan Hakimie tidak berganjak daripada lokasi kejadian dan berdoa agar dia ditemukan segera.
Image from: 'Anak hilang selera makan, mengadu penat' - Ibu Muhamad Rayyan
Percutian di Perlis pada Jumaat lalu menjadi kenangan terakhir bersama Muhamad Rayyan Hakimie (hadapan).

KUALA KRAI - "Anak hilang selera makan, dia juga ada mengadu penat."

Demikian kata ibu kepada Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14, yang dikhuatiri hilang di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.

Norhasmiza Kamarudin, 39, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa Muhamad Rayyan Hakimie kira-kira jam 6.45 petang selepas anggota bomba datang ke rumah memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

"Pada petang Selasa, Rayyan hanya memaklumkan kepada saya untuk keluar meronda di sekitar kawasan kampung bersama rakan-rakannya.

"Tidak sangka pula dia pergi ke sungai kerana biasanya hanya bermain di sekitar rumah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.

**media[3612946]**

Terdahulu Sinar Harian melaporkan dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi bersama tiga lagi rakan di sungai berkenaan.

Selain Muhamad Rayyan Hakimie, seorang lagi mangsa ialah Luth Naiman Mohd Noor Aziron juga berusia 14 tahun.

Bagaimanapun jasad Luth Naiman telah ditemukan kira-kira jam 9.10 pagi Rabu pada jarak 50 meter dari lokasi dia hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Sungai Kelantan: Luth Naiman ditemukan lemas, rakan masih hilang

Dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan

Norhasmiza berkata, kira-kira seminggu lalu anaknya mula hilang selera makan.

Ujarnya, dua hari lalu, Muhamad Rayyan Hakimie sekali lagi mengadu penat selepas pulang dari sekolah menyebabkan dia menyuruhnya berehat dan tidur serta tidak keluar bermain.

Katanya, percutian bersama keluarga di Perlis pada Jumaat lalu menjadi kenangan terakhir bersama anaknya itu.

"Dalam apa jua keadaan pun saya sangat berharap Rayyan dapat ditemukan dan reda dengan apa yang berlaku," katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved