
MEMASUKI usia tiga tahun, Tengku Ismail Leon Petra, anak kesayangan kepada bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Petra membesar menjadi kanak-kanak yang comel dan bijak.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Rihana mendedahkan cara beliau mendidik putera tunggal yang dikasihi itu.

Akuinya, sungguhpun masih kecil, beliau mahu memastikan Leon mendapat didikan yang terbaik.
Baca ni: “Buat mummy rasa wanita terbahagia dunia akhirat. ” Result anak cemerlang, Didie Alias luah sebak!
PERATURAN MUDAH
“Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam mendidik anak. Saya mahu memastikan Leon membesar menjadi seorang anak yang baik dan lelaki sejati. Pun begitu, segala-galanya kena bermula dengan diri kita (ibu bapa) terlebih dahulu.
“Anak-anak ibarat span, mereka akan menyerap segala yang dilihat. Dalam situasi membesarkan Leon, saya mengumpulkan beberapa peraturan mudah yang saya pelajari lama dulu daripada beberapa buku psikologi.
“Justeru, saya mahu berkongsi dengan anda peraturan tersebut,” ujar pemilik nama sebenar Oksana Andreevna Voevedinai itu lagi.

7 AMALAN DIDIK ANAK
Berikut 7 amalan yang dipraktikkan oleh wanita jelita berkenaan:
1) Jangan pernah perlekehkan anak anda
-Bagi seorang lelaki, ejekan wanita selalu menjadi trauma, namun ejekan paling trauma ialah daripada seorang ibu, tidak kira sama ada anda mengejeknya secara tidak sengaja. Sebagai contoh, jika anak anda memakai seluarnya ke belakang atau sebagainya.
2) Sentiasa menjawab semua soalannya
-Pada usia berapa sekalipun, jangan sesekali menjawab sebegini ‘kamu akan mengetahui apabila dewasa kelak.’ Jika anda tidak tahu jawapannya, beritahu dengan jujur. Setelah mendapat jawapan, barulah anda jawab.
3)Minta nasihat anak anda dalam membuat keputusan
-“Saya kadangkala kagum dengan pemikiran dan cara anak-anak yang boleh menyelesaikan masalah yang sukar.” Itu kata-kata Rihanna.
Justeru, ujar beliau, jika mengalami masalah, cuba minta nasihat anak. Ini juga salah satu cara mereka (anak) belajar menjadi seorang lelaki yang menyokong dan membuat keputusan.
LAKUKAN YANG TERBAIK
4) Lupakan perkataan ‘saya sudah katakan’
-Usah bersaing dengan anak dalam apa jua situasi, tidak perlu mengeluarkan ayat seperti ‘saya memberitahu kamu supaya begitu.’. Ini menunjukkan situasi yang mana ibu mahu menang dalam persaingan tersebut.

5) Memuji
-Mengagumi tindakan anak anda tanpa perlu menambah sebarang perkataan seperti ‘tetapi’ dan sebagainya.
6) Menyokong setiap impiannya
-Jika anak mengatakan mahu menjadi angkasawan, berikan kata-kata pujian seperti hebat. Selain itu, beli buku mengenai subjek yang sesuai dengan minat anak. Jika mereka menangis, bermakna masalah besar telah berlaku. Ia mungkin nampak kecil buat anda, tetapi sangat besar kepada anak. Setiap masalah adalah besar untuk kanak-kanak tidak kira berapa umur mereka.
7) Sentiasa berada di sisinya.
Bukan hanya melalui kata-kata sahaja, bahkan dalam apa jua tindakan. Apabila masa berlalu dan memasuki alam remaja, percayalah anak akan mempercayai dan akan datang kepada anda jika ada sebarang masalah. Ini adalah kerana anda sudah melakukan yang terbaik ketika zaman kanak-kanaknya.

Menarik juga apa yang dilaksanakan oleh Rihanna itu. Barangkali pendekatan yang dilakukan beliau dapat dicontohi oleh ibu-ibu di luar sana.
Sumber: Instagram rihanapetra
The post “Anak ibarat span, akan menyerap segala yang dilihat.” Rihana Petra kongsi 7 peraturan mendidik Leon di rumah! appeared first on Sinar Plus.
