“Anak Kau Nangis Sambil Pakai Rantai Emas Nok” – Netizen Bezakan Kes Rasuah Zizie Izette Dengan Akak Curi Milo

6 Sep 2022 • 1:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Datin Seri Zizie Izette baru-baru ini memuat naik video menunjukkan anak-anaknya menangis dan bertanya sama ada dia menang dalam kes di mahkamah atau tidak.

Isteri ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu menjawab kepada anaknya bahawa mereka tidak menang.

image is not available 1 hari lalu

"Nak Raih Simpati Tu" - 'Post' Video Anak Nangis Tanya Menang Kes Rasuah Ke Tak, Netizen Perli Zizie Izette

Perkongsiannya itu bagaimanapun menerima sindiran sesetengah netizen yang berpendapat Zizie hanya mahu meraih simpati orang ramai.

Malah, segelintir warganet di Twitter membezakan kes Zizie dan suami dengan wanita yang pernah dipenjara 14 bulan kerana mencuri milo untuk memberi makan kepada anaknya.

Akak yang curi milo tu lagi kesian, anak 4 orang, kena penjara 14 bulan. Mencuri sebab nak bagi anak makan. Kau mencuri sampai 2 juta. Tu bukan makan, tu mentedarah.”

Kata netizen, Zizie tidak perlu ‘tunggang’ anak dalam hal ini memandangkan mahkamah telah memberikan tarikh lain untuk dia dan suami membela diri.

Minggu lalu, Zizie dan Bung Moktar telah diperintahkan untuk membela diri Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Hantaran di Twitter itu mendapat perhatian netizen dan sesetengah daripada mereka meluahkan pendapat serta perasaan mereka terhadap kes ini.

Ada yang menyindir Zizie untuk tidak ‘play victim’ dan menggunakan kaum keluarga bagi mendapatkan simpati orang ramai.

image is not availableimage is not available