Anak kecil berlari, minta ibu bawa pergi rumah abadi bapa-“Adik rindu …”

LocalFamily & Parenting
5 Nov 2024 • 12:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial memaparkan seorang anak kecil berlari kegembiraan bagi meluahkan rasa rindu yang bersarang di hati terhadap bapanya yang kini sudah tiada lagi bersama.

Tindakan anak kecil itu telah menyentuh hati ramai orang dan menerima pelbagai reaksi.

Anak kecil berlari pergi kubur bapa

Menerusi perkongsian ibu kanak-kanak lelaki itu, dilihat dia yang masih berpakaian sekolah berlari ke sebuah tempat di tanah perkuburan.

Menurut si ibu, anak lelakinya itu meminta untuk dibawa ke kubur bapanya dan mahu membawa doa selain meluahkan rasa rindu.

“Balik saja sekolah (anak) minta ibu bawa pergi rumah ayah. Nak pergi baca doa katanya.
“Macam ni la selalu, berlari macam ayah ada depan mata minta peluk.
“Adik rindu ayah..”luahnya.

image is not available

Anak kecil masih belum puas bermanja

Akui si ibu, dia faham akan perasaan anaknya yang rindu akan seorang bapa kerana pernah melaluinya sebelum ini.

Namun, apa yang membezakan antara kedua-dua perasaan adalah anak lelakinya kehilangan tempat bemanja dan belum puas mendapat kasih sayang daripada seorang insan bergelar bapa.

image is not available

“Ibu faham macam mana rindu pada ayah sebab ibu pun lalui perkara dan perasaan yang sama, rindu pada ayah ibu.
“Bezanya anak ibu masih kecil. Belum puas bermanja dan nikmati kasih sayang ayah.
“Selalu ibu cakap, ibu sentiasa ada untuk semua anak ibu. Harta dunia akhirat ibu ayah,”nukil wanita itu di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

image is not available

Kongsinya lagi, anak lelakinya itu sempat meminta mengambil gambar di kubur arwah bapa bersama batu nisan sebelum pulang ke rumah.

Sumber: TikTok janhafzan