Anak Kedua Sheikh Muszaphar Raih Anugerah Murid Harapan 2026 Di TKC – “Daddy Bangga Dengan Kamu”

LocalFamily & Parenting
22 Oct 2026 • 2:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi rasa bangga apabila anak keduanya, Sophea Natasha, 13, berjaya meraih Anugerah Murid Harapan 2026.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan Tasha yang kini merupakan pelajar Tingkatan Satu di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) sangat aktif menyertai pelbagai aktiviti termasuk dalam bidang sukan, akademik dan inovasi.

Advertisement

Menurutnya, Tasha juga sentiasa berusaha mencabar kemampuan diri untuk menjadi lebih baik.

Sophea Natasha Aktif Dalam Sukan, Akademik Dan Inovasi

Dr Sheikh Muszaphar berkata, anaknya bukan sahaja aktif dalam aktiviti sekolah, malah berani mencuba pelbagai perkara baharu bagi mengenal pasti potensi serta kemampuan dirinya.

View this post on Instagram

“Tasha, pelajar Tingkatan Satu di TKC, sentiasa aktif, sentiasa mencuba perkara baharu dan sentiasa mencabar dirinya untuk menjadi yang terbaik.”

“Dia menyertai Merentas Desa MSSM, olahraga MSSNS, ragbi, Pengakap, pertandingan Matematik dan Sains serta Cabaran Inovasi,” kongsinya.

Sheikh Muszaphar Anggap Aktiviti Sekolah Bantu Tasha Kenali Diri

Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar berpendapat penglibatan Tasha dalam pelbagai aktiviti merupakan satu perkembangan positif kerana ia memberinya peluang untuk meneroka kebolehan diri.

Menurutnya, pengalaman mencuba pelbagai bidang juga dapat membantu Tasha mengetahui sejauh mana kemampuan dirinya.

View this post on Instagram

“Bagus untuknya kerana sentiasa mengisi masa dengan aktiviti, mencuba segala-galanya dan mencabar diri sendiri untuk melihat sejauh mana kemampuannya.”

“Mencari hala tuju, mengenali identiti diri dan mencuba bidang baharu untuk menjadi yang terbaik. Itulah kehidupan di sekolah berasrama. Tahniah Tasha atas pencapaian kamu sepanjang 2026. Daddy bangga dengan kamu,” tulisnya.

Sheikh Muszaphar Dan Dr Halina Dikurniakan Tujuh Cahaya Mata

Untuk info, Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga bersama Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, dua pasang kembar, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia, serta putera bongsu, Syed Muhammad.

Anak sulung mereka, Sophea Isabella atau Bella, 15, juga berada di asrama selepas melanjutkan pengajian peringkat menengah di Kolej Permata Pintar Negara (KPPN).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

d2026-10-21 11:35:57

"Tak Boleh Ada Budi Bicara Ke, Kami Kecewa Sangat" - Individu Tak Puas Hati Tak Dibenarkan Gabung Meja, Khairul Aming Respon

The post Anak Kedua Sheikh Muszaphar Raih Anugerah Murid Harapan 2026 Di TKC – “Daddy Bangga Dengan Kamu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved