Anak Kelahiran Sabah, Isaac Voo Peserta Pertama Tersingkir ‘Big Stage 5’ Buat Netizen Sedih

15 May 2023 • 11:01 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Isaac Voo tersingkir, menggunakan Imuniti X untuk selamat Naufal

Anak Kelahiran Sabah, Isaac Voo Peserta Pertama Tersingkir ‘Big Stage 5’ Buat Netizen Sedih. Perjalanan Isaac Voo di pentas Big Stage 5 (BS5) berakhir apabila dia diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir pada minggu kedua, semalam.

Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu menduduki tiga markah terendah dan tersingkir selepas juri menggunakan Imuniti X untuk menyelamatkan salah seorang peserta, Naufal Azrin.

Bertemakan Lagu-Lagu Rancak, Up Beat, penyanyi berusia 28 tahun itu mempersembahkan Lagu Terhangat di Pasaran, yang asalnya dipopularkan oleh Kumpulan KRU.

Pendapat juri tentang persembahan Isaac

Menurut juri tetap iaitu Ajai, Isaac mempunyai populariti yang bagus namun nyanyian itu tidak setanding popularitinya.

Manakala Andmesh, selaku juri jemputan pula berpendapat Isaac lebih sesuai jika menvanyi bersama kumpulan.

Netizen sedih dengan keputusan menyingkirkan Isaac

Dalam pada itu, menjengah ke laman Twitter, rata-rata netizen sedih, sebak malah kecewa dengan keputusan juri singkirkan Isaac Voo.

“Isaac berjaya mengekalkan semangatnya sehingga ke akhir. Saya faham keputusan itu, tetapi masih perit melihatnya pergi apabila peminatnya tekun mengundinya,” ujar salah seorang peminat di laman Twitter.

“Habislah lepasni rating big stage jatuh, sebab peminat Isaac Voo paling ramai. Dua minggu berturut Isaac Voo paling atas undian.

“Isaac sebenarnya masuk Big Stage sebab mahu improve diri dia terutama sekali dari segi vocal, tapi rasanya dia nervous masa Ajai tanya,” kata peminatnya.

Untuk makluman, Isaac Voo sebelum ini pernah menyertai sebuah program realiti di Korea Selatan. Isaac berjaya menjadi peserta teratas dalam program tersebut sehingga terpilih dan diserap menjadi idola K-Pop di sana menerusi kumpulan IN2IT.

Sementara itu, Isaac turut mendapat permintaan yang tinggi daripada peminatnya di Malaysia untuk kembali ke tanah air tercinta dan aktif berkarya di sini.

Baca juga artikel yang berkaitan: