Anak kemas bilik pun tak pandai, Kak KM belum sedia terima menantu – “Jangan berangan nak kahwin”

LocalEntertainment
10 Jan 2025 • 10:09 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi Kak KM belum sedia terima menantu walaupun anak-anaknya kini sudah meningkat dewasa kerana berpendapat mereka perlu memperbaiki sikap terlebih dahulu.

Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang pengguna telah memuat naik video memaparkan tangkap layar siaran langsung Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli pada Rabu.

Kak KM belum sedia terima menantu

Menurut Kak KM, dia berasa anak-anaknya masih belum cukup bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana mereka perlu memperbaiki sikap masing-masing dahulu.

“Tak nak, aku belum lagi terima menantu. Belum lagi masanya. Anak-anak saya, Nabila tahun ni umur 21 dan Faris umur 19.

“Tak sesuai lagi nak berumah tangga atau menggelabah. Masing-masing tak boleh. Macam Nabila, kemas bilik pun tak pandai. Faris, bercakap elok-elok dengan saya pun tak pandai.

“Jangan berangan nak kahwin, kau jaga dulu tatasusila kau baru kau boleh kahwin,” katanya.

image is not available

Kak KM berkata demikian selepas beberapa penonton siaran langsungnya meninggalkan komen menawarkan diri untuk menjadi menantunya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji Kak KM dan bersetuju dengan kenyataannya yang tidak membenarkan anak berkahwin sekiranya sikap mereka tidak berubah.

Kak KM belum sedia terima menantu, setuju

image is not available

Saya pun cakap benda sama kat anak

image is not available

Ni baru betul mak, tak aniaya anak orang lain

image is not available

Anak masuk hostel pun risau, apalagi nak kahwin

image is not available

Betul, jangan menggelabah

image is not available

Sekadar info, Kak KM dan suaminya, Razman Ramli mempunyai empat cahaya mata iaitu Nabila, 21, Faris, 19, Rania, 16 dan Cinta Carissa, 4 tahun.

Sumber: TikTok user3374728284