Anak Kena Libas Dengan Siak Waktu Rakaat Pertama Di Masjid, Tanda Amaran Supaya Budak Lain Tak Bising

LocalOpinion
6 Sep 2024 • 10:56 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
masjid

Tular di Facebook perkongsian seorang wanita mengenai anaknya yang menghadapi pengalaman kurang menyenangkan ketika solat Jumaat di sebuah masjid.

Menurut Risalizah Manaf, sebelum ini anaknya mengikut suami solat di masjid tempat suami bekerja atau masjid berdekatan dengan sekolahnya.

image is not available

Semasa cuti sekolah minggu lalu, suaminya membawa anak solat di masjid yang lain. Namun, tiba-tiba anaknya dilibas dengan rotan oleh Tok Siak di masjid tersebut.

Tak pasal-pasal kena libas dengan siak waktu rakaat pertama. Rupanya sebelum siak tu masuk saf, dia memang akan rotan je random budak sebagai amaran supaya budak lain tak bising sebab dia risau bila dia dah masuk saf nanti tiba-tiba ada budak bising atau lari-lari.

Wanita ini tidak menyangka anaknya menjadi mangsa pada hari tersebut sehingga libasan meninggalkan kesan di badan anaknya.

Difahamkan, isu sudah selesai di balai polis apabila Tok Siak meminta maaf sambil menangis. Diharapkan isu ini dapat dijadikan pengajaran supaya tidak sesuka hati memukul orang tanpa sebab.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Risalizah Manaf