Anak kucing melambung 4 meter ditendang wanita

26 Jul 2026 • 10:02 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anak kucing melambung 4 meter ditendang wanita

PETALING JAYA – Tindakan luar kawalan seorang wanita warga emas yang didakwa menendang anak kucing sehingga melambung setinggi kira-kira tiga hingga empat meter mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh @Mdaudyusof, wanita berkenaan menghampiri sekumpulan anak muda yang sedang memberi makan kepada ibu dan anak-anak kucing di sebuah Hentian Rehat dan Rawat.

“Masa tunggu anak, nampak seorang mak cik jalan laju gaya macam cari tandas. Dah selesai urusan, dia datang tanya dekat 4 pemuda tu kenapa bagi kucing makan. Saya pun bantu jawab sebab kucing tu tengah lapar.

“Tak lama lepas tu, mak cik tu terus tendang anak-anak kucing tu. Melambung tiga ke empat meter kucing tu, kasihan,” katanya pada hantaran tersebut.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan turut mempersoalkan tindakan orang ramai yang memberi makanan kepada haiwan berkenaan.

“Dia tanya apa faedah bagi makan kucing dan kenapa membazir duit gaji beli makanan kucing. Budak-budak tu terkedu dan senyap tak kata apa,” ujarnya.

Katanya lagi, dia yang berada di lokasi kejadian terus bertindak menegur wanita tersebut dengan nada tegas sebelum wanita berkenaan beredar dari tempat kejadian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut mengecam tindakan wanita berkenaan yang disifatkan tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan.

“Apa salah kucing-kucing tu? Mereka pun nak makan juga dan tak menyusahkan sesiapa pun dekat situ. Janganlah guna kekerasan terhadap haiwan, nanti disoal tau,” kata @Naaazzzim.

“Sampainya hati tendang kucing tu macam tu. Terima kasih bang sebab berani bersuara, kalau tak apa lah jadi kat anak-anak kucing tu,” tambah @Nurrrbentidris. – KOSMO! ONLINE

The post Anak kucing melambung 4 meter ditendang wanita appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved