Anak lapor polis selepas simpan mayat ibu dalam kotak ais sejak 2021

LocalPolitics
12 Nov 2024 • 1:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis temui mayat seorang wanita yang disimpan dalam kotak ais selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya di sebuah rumah di Jalan Klang Lama. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis menemui mayat seorang wanita yang disimpan dalam kotak ais selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya sejak 2021 di sebuah rumah di Jalan Klang Lama di sini pada Selasa.

Menurut sumber, anak lelaki mangsa yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

"Berdasarkan maklumat awal, suspek turut berada bersebelahan kotak ais berkenaan ketika polis tiba di lokasi kejadian," katanya.

Pada masa ini sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.