“Anak Lebih Percaya Orang Baru Hidup Dengannya Daripada Percaya Kata Ibu” – Datin Patimah

4 Apr 2023 • 1:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ibu syamsul yusof

Ibu kepada pengarah kontroversi Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan isi hati mengenai kekecewaannya terhadap anak.

Tidak menyebut sebarang nama, Datin menerusi perkongsian di Instagram Story berkata si anak lebih percaya kepada orang yang baru hidup dengannya berbanding percaya kepada kata-kata ibu yang telah melahirkannya.

Datin Patimah luah rasa kecewa

Dalam hantaran lain, ibu mentua Puteri Sarah ini berdoa semoga Allah SWT memberikan petunjuk ke jalan yang benar, bukannya menyesatkan.

image is not available

image is not available

Terdahulu, konflik rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah masih tak menemui penyelesaian apabila Puteri Sarah nekad untuk meneruskan penceraian.

Datin Patimah antara orang yang memberi sokongan tak pernah putus buat Puteri Sarah sehingga sanggup menjadi pencelah dan saksi dalam kes mahkamah melibatkan anak menantunya itu.

Kredit: Instagram dpatimah012

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.