Anak Linda Hashim & Beego, Anggun Cassandra Cedera Melecur Terkena Air Panas – “Mummy Tak Kuat Dah”

EntertainmentFamily & Parenting
23 Sep 2025 • 12:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Anak kepada pasangan pelakon popular, Linda Hashim dan Beego iaitu Anggun Cassandra dimasukkan ke hospital selepas mengalami lecur akibat terkena air panas.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Linda dan Beego menerusi hantaran di Instagram masing-masing.

image is not available

Mohon segala doa kesembuhan untuk anak saya Anggun Cassandra yang melecur terkena air panas.

Dalam pada itu, Linda turut berkongsi video ketika berada di dalam ambulans bersama anaknya, sambil memaklumkan dirinya terpaksa berpura-pura kuat di hadapan Anggun yang sedang menahan kesakitan.

Kali ini mommy tak kuat tapi acah-acah kuat depan Anggun,” luah Linda.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai, apabila rata-rata netizen menitipkan doa agar Anggun segera sembuh serta dipermudahkan segala urusan rawatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-23 11:25:29

"Saya Tak Marah Siti Saerah, Tapi Jangan Kerah Amad Sampai Lembik" - Bekas Suami