Anak Liza Abdullah curi perhatian netizen, ramai ‘offer’ nak jadi menantu

Entertainment
25 Mar 2024 • 12:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Anak Liza Abdullah curi perhatian netizen

Anak kepada pelakon senior Liza Abdullah iaitu Zulsyahmi Naqib mencuri perhatian netizen menerusi sebuah video yang tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @tv3Malaysia di TikTok, dapat dilihat kemesraan Liza dan anaknya yang berusia 22 tahun itu dalam sebuah rancangan berbuka puasa.

Anak Liza Abdullah curi perhatian netizen

@tv3malaysia

Comel je anak beranak ni tau @lizzaabdullahofficial Bagussss yer Naqib ni mengalah je dengan ibu hehe takpela Syurga kan dekat ibu Jumpa petang ni guys! JomBerbuka ! | Ahad | 6 petang di TV3! Strim juga melalui Tonton www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton sekarang! MacamDuluDulu JomBerbukaTV3 KongsiSelera sembangentertainment

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

Berdasarkan video berkenaan, Liza dilihat sedang memasak juadah berbuka puasa bersama-sama anak lelakinya. Hubungan mesra ibu dan anak dapat dilihat apabila pelakon 7 Hari Mencintaiku ini sempat bermanja dan bergurau senda dengan anak lelakinya.

Sebelum ini, Naqib pernah meraih perhatian ramai apabila muncul bersama ibunya dalam sebuah temu bual oleh media hampir setahun lalu.

image is not available

Kini, pemuda itu kembali menjadi bualan ramai setelah muncul di dalam rancangan Jom Berbuka yang ditayangkan pada Ahad menerusi saluran TV3.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen dilihat berseloroh menyatakan hasrat untuk menjadi menantu kepada aktres berkenaan.

Saya pandai panjat pokok kelapa kalau ibu suka santan

image is not available

Assalammualaikum, ibu

image is not available

Maaflah lambat baru balik sedekah bubur lambuk kat masjid, mak sihat ?

image is not available

 

Dalam pada itu, wajah Naqib turut disamakan dengan penyanyi terkenal, Tomok dan selebriti antarabangsa, Justin Timberlake.

Tengok dari tepi ingatkan Tomok

image is not available

Ingat Tomok dah ada rambut tadi

image is not available

Justin Timberlake versi Malaysia

image is not available

Untuk rekod, Naqib adalah anak ketiga daripada empat orang adik beradik yang merupakan hasil perkahwinan Liza dengan bekas suaminya, Zolkifly Abdul Rahman.

Sumber: TikTok @TV3Malaysia , Instagram @Zulsyahminaqib