Anak Luah Rasa Rindu Lihat Gambar Jaslinda

LocalFamily & Parenting
1 Jun 2026 • 12:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Anak Luah Rasa Rindu Lihat Gambar Jaslinda

Anak Luah Rasa Rindu Lihat Gambar Jaslinda

"Kasih ibu membawa ke Syurga, kasih ayah sepanjang masa.." itulah kata yang mampu menggambarkan setiap kasih sayang yang dicurahkan oeh setiap ibu dan ayah kepada setiap anak.

Bagi insan bergelar 'anak' pastinya dahaga kasih sayang. Lebih-lebih lagi kasih sayang yang dicurahkan tanpa itu penuh ikhlas, biarpun tidak mempunyai sebarang pertalian.

"Tengok ni rasa rindu sangat.."

Demikian luahan pilu anak tiri pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung Batu Butih, Perak, sejak Ahad lalu selepas melihat rakaman imej memaparkan mangsa yang dikesan, baru-baru ini.

Nurr Ashikin Haszman menerusi perkongsiannya di Threads, meluahkan kerinduan terhadap ibunya.

"Manaa laa ibuu kenapaa tak balik-balik lagi..Ibu laa orang yang backup ikin kalau kene marah dengan ayah.. Balik laa," luahnya dalam hantaran tersebut.

Sementara itu, perkongsian berkenaan mengundang sebak pengguna platform berkenaan.

Rata-ratanya mendoakan agar Jaslinda segera ditemukan dalam keadaan selamat.

"Saya sentiasa doakan Kak Jas selamat. Hari-hari hati rasa tak tenang juga bukak Thread sebab nak tengok perkembangan ibu awak. Semoga awak, ayah dan keluarga kuat okey," komen seorang pengguna.

"Saya doakan ibu awak segera dijumpai. Solat, doa jangan pernah tinggal. Sebaiknya bila baca al-Quran, sedekah pada dia, supaya dia kuat, jumpa jalan keluar dan dijumpai," tulis seorang lagi.

Jaslinda Dikesan Dalam Gambar Rakaman

Sebelum ini, JBPM Perak memaklumkan semakan ke atas kamera pengawasan (kamera 1) di kawasan Gunung Batu Putih telah merakam beberapa pergerakan penting berkaitan operasi mencari dan menyelamat Jaslinda.

Dalam rakaman berkenaan berjaya mengesan imej Jaslinda melintasi Kamera 1 pada pukul 11.22 pagi bertarikh 24 Mei.

Untuk makluman, Jaslinda, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 pendaki lain serta dua malim gunung di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak sejak Sabtu minggu lalu.

Difahamkan, mangsa yang cedera di kaki sebelum itu berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki yang mengalami masalah pernafasan dan seorang malim gunung di Kem Batu Core.

Walau bagaimanapun, wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung sebelum gagal dikesan.



View Original Article