Anak Malaysia menang esei global sejarah

7 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anak Malaysia menang esei global sejarah

Seorang remaja dari Malaysia, Aaira Mavisha Habizan Rahman mencipta sejarah apabila memenangi Junior Global Essay Prize in History (Hadiah Esei Global Junior dalam Sejarah) 2026.

Aaira Mavisha memenangi hadiah itu yang dianugerahkan oleh Institut John Locke sekali gus menandakan kecemerlangan dalam perjalanan akademiknya.

Aaira Mavisha dari Kolej Yayasan Saad, Melaka dianugerahkan tempat pertama (first prize) pertandingan itu baru-baru ini di London Hilton on Park Lane, Mayfair, London, United Kingdom.

Pencapaian itu mengiktiraf keupayaan Aaira untuk mengetengahkan isu-isu sejarah menerusi penulisan kritikal, penyelidikan persendirian, alasan analitikal dan penulisan yang mengesankan.

Image from: Anak Malaysia menang esei global sejarah
Aaira Mavisha dianugerahkan tempat pertama Hadiah Esei Global Junior dalam Sejarah 2026 di London baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan ringkas kepada K-Remaja, pertandingan John Locke Essay adalah pertandingan akademik antarabangsa yang menarik penyertaan ribuan pelajar sekolah dari lebih 180 negara, menyediakan satu platform bagi anak muda untuk meneroka persoalan-persoalan intelektual kompleks dan menunjukkan potensi akademik mereka.

“Pencapaian Aaira itu menunjukkan dedikasinya untuk belajar dan minatnya terhadap sejarah sekali gus menunjukkan potensi pelajar-pelajar dari Malaysia untuk sertai dan sukses di pentas pertandingan akademik antarabangsa,” katanya.

Kejayaan Aaira juga menggalakkan anak-anak muda Malaysia untuk meneruskan inkuiri intelektual dan membangunkan kemahiran penulisan mereka serta mencabar diri di luar bilik darjah.

Anugerah itu menjadi satu galakan dalam langkah kemajuan akademik Aaira dan menjadi aspirasi akan datang.

Untuk makluman, Institut John Locke atau John Locke Institute diabadikan namanya sempena nama seorang sejarawan dan ahli falsafah popular abad ke-17.

The post Anak Malaysia menang esei global sejarah appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved