
Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun cedera parah gara-gara terkena asid pembersih paip sinki jirannya yang berada di bahagian atas.
Siasatan awal mendapati, paip pembentung sinki ‘jiran atas’ kediaman mereka telah pecah disebabkan kesan reaktif serbuk soda berasid yang dibeli secara atas talian itu dan menyebabkan ia merebak ke rumah mangsa.
Mangsa yang kebetulan sedang menggoreng telur di bahagian dapur kemudiannya terkena percikan asid selain paip yang berada betul-betul di bahagian atas dapur tempat mangsa memasak tiba-tiba sahaja meletup.
Rentetan insiden itu, anak wanita berkenaan yang dikenali sebagai Haidar itu mengalami lecur tahap tiga dan kini berada dalam ICU untuk rawatan lanjut.
Seorang lagi mangsa, adik kepada Haidar yang berusia 7 tahun pula cedera di paha kanan.

Sumber : Facebook
Apa yang lebih membuatkan ibu mangsa berasa kesal adalah apabila dia digesa untuk menarik kembali laporan polis atas peristiwa yang berlaku itu.
Namun begitu, si ibu yang dikenali sebagai Hidayah itu bertegas mahu menuntut keadilan sewajarnya kerana insiden itu telah menyebabkan kecacatan kekal terhadap anak-anaknya.
"I'm In Love With Your Husband.." - 'Influencer' Dedah Niqabis Sanggup Jumpa Ibu Suami Untuk Jadi Isteri Kedua
The post Anak Masuk ICU Terkena Asid ‘Jiran Atas’, Ibu Luah Rasa Kesal Digesa Tarik Balik Laporan Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

