Anak menyendiri, belum terima kehilangan suami – Ibu

LocalFamily & Parenting
4 Aug 2026 • 10:22 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anak menyendiri, belum terima kehilangan suami – Ibu

KLANG – Tragedi kehilangan suami selepas lima hari mendirikan rumah tangga memberi kesan mendalam kepada seorang pengantin muda apabila dia masih menyendiri dan sukar menerima pemergian insan tersayang.

Menurut ibu kepada Nadiatull Safera Samsun, 18, anaknya masih belum dapat melupakan kenangan bersama Allahyarham Adam Harif Abdullah, 21, yang maut dalam kemalangan motosikal di Jalan Meru Tambahan di sini, dua minggu lalu.

Nor Hazulaini Che Deraman, 42, berkata, Safera kini banyak mendiamkan diri selain masih terbayang memori bersama arwah suaminya.

“Keadaan Safera kini agak kurang bercakap dan masih terbayangkan memori bersama arwah. Namun, saya sentiasa berada di sisi anak bagi memberi sokongan dan menguatkan semula semangatnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Jalan Nenas, Kampung Meru di sini, petang semalam.

Terdahulu, keluarga itu diziarahi beberapa wakil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mariam Abdul Rashid yang menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban.

Muka depan Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang operator kilang hanya sempat mencipta kebahagiaan menjadi suami selama lima hari apabila maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Dalam kejadian pukul 8.50 pagi 22 Julai itu, Adam Harif yang sedang menuju ke tempat kerjanya di Bandar Bukit Raja di sini, meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah. – KOSMO! ONLINE

 

The post Anak menyendiri, belum terima kehilangan suami – Ibu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved