Anak Menyorok Takut Kawan Nampak Naik Van Buruk, Bapa Nasihat Belajar Pandai-Pandai

LocalEntertainment
11 Sep 2024 • 11:13 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
van buruk

Tular di TikTok perkongsian seorang lelaki memaparkan gelagat anaknya ketika diambil di sekolah.

Dapat dilihat anaknya laju berlari menuju ke sebuah van kuning yang diparkir tidak jauh dari kawasan sekolah.

Kanak-kanak perempuan itu kemudian berselindung di belakang van sementara menunggu bapanya membuka pintu.

Tulis si bapa, anaknya menyorok kerana bimbang rakan-rakan di sekolah akan melihat dirinya menaiki van buruk je.

image is not available

Sempat menyelitkan emoji ketawa, si bapa berpesan supaya anaknya belajar bersungguh-sungguh dan berjaya supaya dapat membeli kenderaan yang cantik.

Netizen memberi kata-kata positif menganggap anak ini sebenarnya tidak malu tetapi tidak mahu rakan-rakan di sekolah mengejek.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: – TikTok @d1food_119


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved